SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN NEGARA
Thursday, September 8, 2011
Pada 26 Ogos 2011, sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menyemai rasa cinta akan Malaysia dan menghayati semangat kemerdekaan negara yang ke-54 tahun. Acara dimulakan dengan pertandingan melukis poster dan mewarna gambar kemerdekaan. Seterusnya murid-murid berkumpul di dewan untuk menjalankan aktiviti membuat topi merdeka yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
Acara sampingan seperti bacaan sajak dan pantun telah dipersembahkan oleh murid-murid. Mereka begitu bersemangat bagi menjayakan program ini. Para guru juga turut bersama-sama membantu murid untuk menjayakan program ini. Tahniah untuk semua yang terlibat.

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
menerima watikah kemerdekaan
Perarakan menentang komunis yang
diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
Rombongan Kemerdekaan yang baru pulang
dari London di Padang Bandar Hilir Melaka
pada 20 Februari 1956
Laungan keramat "Merdeka" sebanyak 7
kali oleh Tunku Abdul Rahman
Deligasi London Menuntut kemerdekaan
Di atas runtuhan Kota Melaka,
kita dirikan negara merdeka.







Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Bapa Kemerdekaan
1957-1970
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan
1970–1976
Tun Hussein bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan
1976–1981
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Bapa Pemodenan
1981–2003
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan
2003–2009
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Bapa Transformasi
2009–kini









