KEM UNIT BERUNIFORM 2011

LONJAKAN PRESTASI UPSR 2011, TAHNIAH DIUCAPKAN.

LONJAKAN PRESTASI UPSR 2011, TAHNIAH DIUCAPKAN.

SELAMAT DATANG CIKGU LEE SIAU MUI

SELAMAT DATANG CIKGU LEE SIAU MUI
Warga SJKC Cheng Min mengalu-alukan kedatangan Cikgu Lee Siau Mui yang bertukar dari SJKC Tai Tong ke SJKC Cheng Min, Selamat Datang

BANTUAN KWAMP E-KASIH

BANTUAN KWAMP E-KASIH

PANORAMA

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA ....UPSR 2011

Thursday, November 17, 2011

Keputusan UPSR 2011 sudah diumumkan. Masing-masing menanti dengan penuh debaran dan harapan. Apatah lagi para guru yang mengajar kelas Tahun 6. Namun begitu suasana gembira jelas terpampang diwajah para guru dan murid. Sekolah ini telah berjaya melonjak prestasi ke 26.83 %. Peningkatan sebanyak 8.46 % telah berjaya diperolehi. Seramai 11 orang murid telah lulus semua mata pelajaran. Tahniah diucapkan kepada para guru dan murid-murid yang bertungkus lumus selama ini.

Baca Seterusnya...

PROGRAM KITAR SEMULA

Wednesday, November 16, 2011

Program Kitar Semula yang diadakan sepanjang tahun telah berjaya membuahkan hasil. Murid-murid telah ditanamkan dengan semangat untuk menjaga alam sekitar agar dapat diwarisi untuk generasi akan datang. Melalui program ini, murid-murid digalakkan untuk membawa barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dikumpulkan oleh pihak sekolah. Di akhir sesi persekolah, barang-barang yang dikumpul akan dijual dan hasil pendapatan dapat digunakan untuk faedah murid dan sekolah. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Baca Seterusnya...

PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA SJK (C) SANDAKAN

Pada 29-30 Oktober 2011, Pertandingan Badminton Antara SJKC Daerah Sandakan telah diadakan di Tadika Chi Hwa. Pasukan sekolah tidak ketinggalan untuk menghantar perserta. Pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori 10 Tahun ke bawah. Mereka yang berjaya ialah Eric Leong Chi Hung dan Chu Vui Siang. Tahniah diucapkan.


Baca Seterusnya...

LDP PENCEGAHAN HIV & AIDS DAN LDP e-SPLB

Friday, November 4, 2011

Pada 3.11.2011 (Khamis)..pihak sekolah telah mengadakan LDP berkaitan dengan pencegahan HIV & AIDS penerangan sistem e-SPLB.

LDP pencegahan HIV dan AIDS
Ceramah berkaitan tajuk telah disampaikan oleh cikgu Ng.Nyuk Jin. Dalam ceramah ini diterangkan tentang pendidikan seksualiti dan kesihatan yang perlu diterapkan kepada murid. Murid-murid perlu mengenali perubahan fizikal yang berlaku apabila meningkat dewasa. Guru juga diterangkan maklumat berkaitan HIV dan AIDS.

LDP sistem e-SPLB
 Taklimat disampaikan oleh cikgu Irene. Beliau telah memberikan penerangan tentang sistem e-SPLB iaitu berkaitan pengisian maklumat kursus LPD yang dihadiri oleh guru. Para guru sekurang-kurangnya perlu menghadiri 7 hari kursus sepanjang 1 tahun dan mengisi maklumat secara online.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Ng dan cikgu Irene.

Baca Seterusnya...

PROGRAM READ KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Thursday, November 3, 2011

Laporan Program READ2011 Sempena Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia SJK (C) Cheng Min

Tarikh: 02.11.2011 (Hari Rabu)
Tempat: Dewan SJK (c) Cheng Min, Sandakan
Masa: 9.30 am – 10.05am
Penyerta: Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 317 orang murid
Objektif: Melalui mambaca, murid dapat menjana dan meningkatkan kemahiran dalam pemikiran.

Aktiviti Program:

9.10am Ucapan Guru Besar SJK (C) Cheng Min, Sandakan
9.20am Majlis Perasmian Program READ2011 Sempena Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia, sesi bergambar dan ‘count down’
9.30am Program Membaca secara senyap selama 33.5 minit
10.05am Pengumpulan semula buku-buku cerita dari kelas masing-masing 

Seramai 317 orang peserta dari murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta guru besar dan guru-guru mengikut program bersama

Baca Seterusnya...

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Pada 28 Oktober, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Kanan-Kanak Peringkat Sekolah. Pelbagai cara telah dijalankan pada hari tersebut. Antaranya pertandingan nyanyian Tahap 1 dan 2, penyampaian hadiah cemerlang dan persembahan bakat murid. Acara ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PIBG iaitu En.Kok Siau Rui. Acara pada hari itu sangat meriah dengan kehadiran para ibu bapa dan murid-murid yang membuat persembahan.Kemuncak acara ialah penyampaian bungkusan hadiah kepada setiap murid. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Baca Seterusnya...

ENGLISH WEEK FOR THE YEAR OF 2011

Thursday, October 27, 2011

The English week was held from 24 October to 28 October 2011. Public speaking competition, story telling competition and action song comptetition were caried out on 25 October 2011. The objective of the competition arae as follow :
1. To enhance pupil’s confidence in using English.
2. To encourage the development of listening, speaking, rendering, memorizing and expressing in English.
3. To give pupils the opportunity to use English in an interesting, authentic and creative manner.



Baca Seterusnya...

PERTANDINGAN MATEMATIK

Monday, October 24, 2011

Persatuan dan Panitia telah mengadakan Pertandingan matematik dan menghafal sifir. Tujuan diadakan pertandingan tersebut adalah untuk mencungkil bakat murid dalam pengetahuan matematik dan kecekapan menghafal sifil. Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Baca Seterusnya...

KEM UNIT BERUNIFORM 2011

Sunday, October 16, 2011

Pada 30 Nov-1 Oktober 2011, SJK (C) Cheng Min telah mengadakan Kem Unit Beruniform 2011. Kem ini disertai oleh PBSM, Tunas Puteri, TKRS dan Pengakap. Seramai 20 orang murid telah dipilih dari setiap unit untuk menyertainya. Pelbagai aktivit telah dijalankan sepanjang kem berlangsung. Antaranya ialah aktiviti mencari buluh untuk perkhemahan, mendirikan khemah, ceramah pertolongan cemas dan ikatan, larian komando, khemah tercantik dan kawad kaki.
   Pengerusi PIBG sekolah telah berbesar hati merasmikan kem tersebut. Murid-murid telah memperoleh pelbagai pengalaman menarik disamping dapat memupuk semangat kerjasam berkumpulan dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Pasukan Tunas Puteri telah berjaya mendapat johan dalam pertandingan khemah terbaik, larian komando dan kawad kaki. Walaupun ahlinya terdiri daripada murid perempuan, tetapi semangat mereka berhati jawa. Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakan aktiviti ini.

Baca Seterusnya...

PERTANDINGAN SYARAHAN B.M TAHAP 2

Wednesday, September 28, 2011

Pada 28 September 2011, Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Tahap 2 telah diadakan. Pertandingan ini disertai oleh seramai 28 orang murid Tahap 2. Tujuan diadakan pertandingan adalah  untuk mencungkil bakat murid dalam aktiviti syarahan. Guru Besar dan Penolong Kanan 1 telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Baca Seterusnya...

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2011

KAKITANGAN SEKOLAH

About This Blog

KURSUS PENGAWAS 2010

PERTANDINGAN BADMINTON 2011

  © Blogger template diubah suai oleh @pcburuk by Blog Cheng Min 2011

Kembali ke TOP